Integriti proses pilihan raya tidak dipersoal - SPR

Integriti proses pilihan raya tidak dipersoal – SPR

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Integriti proses perjalanan pilihan raya di negara ini tidak dipersoalkan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada para pemerhati pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom berkata, malah, mereka berpandangan amat berpuas hati dengan proses tersebut yang setakat ini disifatkan lancar dan teratur.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa perkara kecil yang boleh diperbaiki untuk tujuan penambahbaikan pada masa depan.

“Setakat ini (proses perjalanan pilihan raya) teratur dan lancar dan kalau kita lihat maklum balas daripada pemerhati apa dinyatakan adalah perkara kecil dan boleh diperbaiki lagi.

“Tetapi dari segi integriti proses tersebut memang tidak ada soal setakat ini amat puas hati,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya berhubung dakwaan Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa ahli SPR yang ada sekarang ini lebih kepada ideologi dan pemikiran politik adalah hanya pandangan bekas Timbalan Pengerusi SPR itu semata-mata.

Jelasnya, Wan Ahmad berhak menyuarakan pandangan tersebut.

“Dia berhak dan ada pandangan sendiri, itu pandangan beliau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN