Gaduh bersenjata, polis buka dua kertas siasatan

Gaduh bersenjata, polis buka dua kertas siasatan

TANGKAP layar yang diambil daripada satu rakaman video menunjukkan dua lelaki (dalam bulatan merah) sedang bergaduh dengan menggunakan senjata di Jelutong, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes pergaduhan menggunakan senjata membabitkan dua lelaki tempatan, di Jelutong, Isnin lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komissioner Razlam Ab. Hamid berkata, ia susulan penularan satu rakaman video tersebut yang berdurasi kira-kira 15 saat di aplikasi WhatsApp sejak pukul 11 malam, semalam.

“Hasil semakan mendapati, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi di Jelutong yang melibatkan dua lelaki tempatan.

“Punca pergaduhan adalah disebabkan perselisihan faham serta rasa tidak berpuas hati antara satu sama lain,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular mengenai pergaduhan melibatkan dua lelaki dengan menggunakan senjata dipercayai parang di kawasan Jelutong.

Menurut beliau, kedua-dua pihak yang terlibat ketika ini telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Kesan daripada pergaduhan tersebut, kedua-duanya mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, pihak polis telah membuka dua kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata,” katanya.

Tambah Razlam, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menghentikan penyebaran video itu buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN