IPOH: Dua penjawat awam ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima sogokan lebih RM700,000 sebagai dorongan untuk meluluskan projek. Perintah tahanan reman sehingga Selasa depan terhadap jurutera daerah dan pembantu awam masing-masing berusia 49 dan 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Atifah Hazimah Wahab. Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM…










