SHAH ALAM: Tindakan seorang pemuda memandu kereta mewah milik bapanya untuk menghadiri ujian lesen memandu di sebuah institut di daerah ini mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa kelmarin. Lelaki berusia 18 tahun yang menaiki Mercedes A250 itu ditahan Unit Peronda Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, kira-kira pukul 10.30 pagi. Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, penahanan itu dibuat anggota yang sedang melaksanakan tugas sempena Operasi (Ops) Hari Raya Aidiladha (HRAA)…