Cikgu pencen terus berbakti kepada guru dan pelajar

Cikgu pencen terus berbakti kepada guru dan pelajar

ISMAIL AHMAD terus berbakti kepada warga guru dan pelajar sekolah dengan menganjurkan bengkel lukisan di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINAT yang mendalam dalam dunia lukisan sejak berabad lalu telah menjadi pemangkin buat seorang bekas guru dari Tapah, Perak untuk terus mengabdikan dirinya dalam bidang berkenaan.

Malah, Ismail Ahmad, 64, terus menabur bakti kepada warga guru dan pelajar sekolah khususnya dengan menjadi jurulatih Canting Batik Kebangsaan dan pemeriksa subjek Seni Lukis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga kini.

“Saya juga pernah menjadi pemeriksa SPM bagi subjek Seni Visual Kertas 2 bermula tahun 1998 hingga 2017. Selain itu, saya aktif menganjurkan bengkel lukisan di sekolah rendah dan menengah mengikut permintaan.

“Sebenarnya, saya tidak boleh lari dari dunia lukisan lagi-lagi untuk berbakti kepada guru dan anak murid supaya mendalami serta mencintai dunia lukisan,” katanya kepada Utusan Pelajar baru-baru ini.

Katanya lagi, subjek lukisan bukan sekadar mata pelajaran tambahan perlu diambil atau untuk lulus peperiksaan semata-mata namun sekiranya dipelajari dengan bersungguh-sungguh mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada mereke yang bersungguh-sungguh mempelajarinya.

“Sebagai contoh, sekarang ramai pelukis yang berjaya dan hasil lukisan mereka terjual mencecah jutaan ringgit justeru meminati bidang ini ternyata mempunyai prospek masa depan yang cerah,” katanya.

Pernah bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur pada tahun 2018 sebelum bersara, ternyata bekas pendidik ini mempunyai rahsia tersendiri.

“Saya pernah mendapat pangkat tiga dalam SPM dan hampir mendapat Sijil Am Pelajaran (SAP) semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin, Pulau Pinang.

“Namun saya bangkit kembali iaitu mengambil SPM sehingga berjaya mendapat pangkat satu sebelum diterima melanjutkan pengajian di UPSI sebelum bergelar seorang guru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN