PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan memilih calon tempatan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor utama bagi pemilihan calon PN adalah kemampuan untuk menjalankan amanah bila dipilih untuk bertanding. “PN belum membuat keputusan siapa calonnya, namun akan mengambil kira calon yang telah dikenali dan banyak menyumbang bakti kepada rakyat. “Selain itu, kesetiaan dengan parti, patuh dan taat kepada keputusan jamaah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya