BUTTERWORTH : Berita baik buat pengguna Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya mereka yang kerap menggunakan laluan Juru-Sungai Dua atau JSD. Cadangan pembinaan Lebuhraya Bertingkat JSD kini telah memasuki proses kedua iaitu pembentangan PLUS kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk menguruskan projek berkenaan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mengikut kertas cadangan, lebuhraya bertingkat yang menghubungkan Juru dan Sungai Dua itu adalah sepanjang 15 kilometer (km) dengan…