Cabar sistem Persekutuan: Tangani sebelum nasi jadi bubur

Cabar sistem Persekutuan: Tangani sebelum nasi jadi bubur

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keberanian kerajaan negeri dalam mengemukakan tuntutan hak masing-masing adalah berpunca daripada sikap Kerajaan Pusat yang lemah dan mudah rapuh dalam berhadapan isu-isu tersebut.

Sambil menyifatkannya seperti pokok tiada teras atau manusia tiada tulang belakang, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tampuk kepemimpinan negara kini terpaksa mengharapkan sokongan parti-parti tertentu bagi membentuk kerajaan sekali gus imenjadi cabaran pada setiap masa.

Katanya, kebanyakan tuntutan tersebut adalah berkisar hasil minyak dan gas serta hasil kutipan cukai yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan. 

“Tanda-tanda keresahan ini sekali gus mencabar sistem Persekutuan atau federalism Malaysia telah muncul di akhir-akhir ini, satu demi satu, sama ada di Borneo ataupun di Semenanjung.

“Jika empayar besar Uthmaniyah boleh pecah dan runtuh manakala empayar kecil Melaka, Mataram dan Johor-Riau pun boleh hilang dan tenggelam dalam sejarah. Maka kewujudan Persekutuan Malaysia boleh menerima nasib sama jika tidak ditangani dengan bijaksana mulai sekarang ini sebelum nasi menjadi bubur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan beberapa pihak kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai tuntutan kepada Pusat di samping terdapat dalam kalangan mereka yang menggunakan saluran mahkamah untuk mencabar isu penggubalan undang-undang.

Hassan menyifatkan masalah itu adalah lebih besar berbanding isu 3R (agama, bangsa dan raja) dan penyelarasan subsidi bahan api diesel bersasar yang bermula hari ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963 dan kini sedang diuji ketahanannya.

“United Kingdom telah mengalami usaha pemisahan Scotland melalui referendum. Kesatuan Soviet sebuah empayar komunis wujud selepas tamat Perang Dunia Kedua tidak dapat bertahan lama selepas tumbang dan pecah pada akhir dekad 1980an.

“Paling dekat dengan negara kita adalah usaha pemisahan Aceh Merdeka untuk bercerai daripada Kesatuan Indonesia. Setelah melalui perang saudara maka usaha pemisahan berakhir dengan perdamaian setelah tumbang pemerintahan diktator Presiden Suharto selama 30 tahun diikuti dengan reformasi dan demokrasi dilaksanakan di negara maritim terbesar di Asia Tenggara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN