KOTA BELUD: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membidas kenyataan yang sering dibuat pemimpin Parti Warisan (Warisan) yang menyatakan program Geran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dilaksanakan oleh kerajaan Warisan. Beliau berkata, ada pemimpin pembangkang yang mengaku usaha pemberian geran tanah kepada penduduk itu dimulakan ketika Warisan memerintah. Hakikatnya, program PANTAS diwujudkan sejak 2011 lagi ketika di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Namun, ada setengah pemimpin menganggap program PANTAS ini…