Baiki cerun guna peruntukan lebih RM10 juta daripada KKR

Baiki cerun guna peruntukan lebih RM10 juta daripada KKR

KKR
ZAIRIL Khir Johari (dua dari kanan) ketika sidang akhbar bagi Projek Penyelenggaraan Cerun di Tanjung Bungah, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Peruntukan lebih RM10 juta yang diterima daripada Kementerian Kerja RayaFebruari lalu akan digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun di beberapa lokasi yang dikenal pasti mengalami runtuhan tersebut di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, terdahulu, peruntukan itu diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) di dua daerah di negeri ini iaitu Timur Laut dan Barat Daya untuk kerja-kerja berkenaan.

Kata beliau, ia susulan permohonan yang dibuat kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk mendapatkan peruntukan tambahan semasa pemimpin tersebut mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang pada 26 November tahun lepas.

“Untuk pengetahuan, projek atau kerja-kerja ini menggunakan sepenuhnya peruntukan di bawah KKR iaitu melalui seliaan Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Daerah Timur Laut serta JKR Daerah Barat Daya.

“Komponen-komponen utamanya pula terdiri daripada kerja-kerja penyiasatan tanah (soil investigation), kerja-kerja awalan pembersihan tapak serta kerja-kerja pembaikan runtuhan cerun (merujuk kepada kaedah yang dipersetujui oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun).

“Kerja-kerja di tapak telah dijalankan bermula pada Mac 2024 dan akan siap sepenuhnya pada tahun semasa,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Zairil ditemui pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bagi Projek Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Semenanjung Malaysia (Reka & Bina) Daerah Timur Laut dan Barat Daya di Jalan Low Yat, Tanjung Bungah, di sini.

Dalam pada itu, difahamkan, daripada peruntukan lebih RM10 juta itu, kira-kira RM6.13 juta akan diagihkan kepada JKR Daerah Barat Daya manakala selebihnya iaitu sekitar RM3.86 juta akan digunakan oleh JKR Daerah Timur Laut untuk kerja-kerja pembaikan cerun.

Difahamkan juga, terdapat sekurang-kurangnya 12 cerun berbahaya di kedua-dua daerah itu ketika ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN