Bagan Datuk bakal pengeluar kerang terbesar

Bagan Datuk bakal pengeluar kerang terbesar

MOHD. Zolkafly Harun (tengah) melepaskan benih kerang di Rungkup, Bagan Datuk, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Seluas 2,000 ekar kawasan di Rungkup di sini diwartakan sebagai kawasan ternakan kerang yang bakal menjadikan ia antara kawasan ternakan kerang terbesar di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, kawasan yang diwartakan itu dikenali sebagai

‘Kebun Kerang’ yang akan memberi manfaat kepada golo­ngan yang memerlukan seperti B40, miskin tegar, ibu tunggal dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kerang di kawasan itu juga berkualiti dan boleh dikutip lebih awal berbanding kira-kira setahun tempoh matang.

“Kawasan Rungkup juga adalah pusat pengeluar kerang terbesar di Perak selain di Lekir dan Kerian. Melalui pewartaan seluas 2,000 ekar Kebun Kerang di Rungkup, hasilnya akan memberi manfaat kepada penduduk di sini.

“Kerang di sini boleh dikutip hasilnya oleh penternak dalam tempoh enam hingga lapan bulan berbanding setahun. Melalui kajian dan teknologi peternakan yang digunakan, tempoh matang kerang lebih cepat,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui dalam program melepaskan benih kerang di Rungkup sempena Jelajah Sejahtera Desaku@Rungkup Pe­ringkat Daerah Bagan Datuk di sini kelmarin.

Menurut Zolkafly, benih kerang dilepaskan di lapan lot kawasan ternakan dengan setiap lot sebanyak dua tan benih kerang di Sungai Rungkup.

“Pelepasan benih kerang akan diperbanyakkan lagi untuk kerang membiak.

“Harapan kerajaan de­ngan pelepasan benih ini akan dinikmati nelayan sedia ada dan mereka yang bakal menjadi nelayan kerang di Rungkup,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini