Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

ANWAR Ibrahim ketika solat di Masjid Sultan Abdul Samadi KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.12 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar serta jemaah yang lain.

Solat Jumaat diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abdul Samadi KLIA, Ustaz Bambang Eirman Bahudin itu disertai lebih 4,000 jemaah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ yang disampaikan oleh Bambang Eirman.

Intipati khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu antara lain mengajak umat Islam supaya saling mengenali antara satu sama lain serta saling melengkapi dan bertanggungjawab memastikan perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara terus kukuh berdasarkan prinsip-prinsip Islam sebenar.

“Umat Islam hendaklah berjemaah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT agar dapat melahirkan perpaduan dan persepakatan berlandaskan Islam dan Iman yang satu,” katanya.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid.

Terdahulu, Anwar turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di Restoran Ummi Aishah di Pusat Perdagangan Warisan Sentral, Kota Warisan, di sini.

Beliau tiba di restoran itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari bagi menikmati makanan yang disediakan di situ antaranya ikan bakar, ikan tenggiri masak asam pedas, kari ayam, kerabu mangga dan ulam-ulaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini