Abdul Rahman nafi UMNO Sabah ada dua nakhoda

Abdul Rahman nafi UMNO Sabah ada dua nakhoda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU:  Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menafikan wujud dua nakhoda dalam pentadbiran UMNO di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu berkata, beliau tidak pernah mengganggu pentadbiran UMNO Sabah dan tidak pernah menjadikan kedudukannya sebagai Timbalan sebagai penghalang kepada usaha memperkasa UMNO Sabah.

Beliau berkata, sebagai orang yang bertanggungjawab mencadangkan “autonomi UMNO Sabah” kepada Presiden UMNO pada tahun 2018, beliau mahu kepimpinan tertinggi UMNO Sabah duduk berbincang apabila perlu membuat keputusan besar seperti dalam soal membentuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Perbincangan bersama semua pimpinan tertinggi harus bersama apabila ada keputusan besar mengenai masa depan UMNO Sabah perlu dilakukan. Ini demi menjaga masa depan UMNO Sabah.

“Saya sebenarnya tidak berminat untuk menceritakan soal dalaman UMNO Sabah secara terbuka melalui media. 

“Tetapi saya akan memberi respon secara berfakta dan terbuka jika ada pihak-pihak yang membuat kenyataan mengelirukan dan tidak menggambarkan realiti sebenar,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Abdul Rahman yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ketika ini UMNO Semenanjung atau UMNO Sabah belum lagi bermesyuarat atau berbincang secara rasmi mengenai rakan kerjasama UMNO menjelang PRN Sabah.

Berdasarkan arahan Presiden UMNO sejak tahun lalu, kepimpinan UMNO Sabah tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai rakan kerjasama UMNO pada pilihan raya akan datang sebelum keputusan rasmi dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×