200 unit alat permainan seks dirampas - Utusan Malaysia

200 unit alat permainan seks dirampas

Permainan seks
SEBAHAGIAN daripada alat permainan seks dirampas JKDM, pada sidang akhbar dekat Pelabuhan Utara di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 200 alat permainan seks bernilai RM9,230 dirampas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) dalam satu serbuan di Shah Alam, pada awal bulan ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan tersebut dibuat selepas pihaknya mengesan kegiatan menyimpan barangan tersebut serta aduan orang awam.

“Hasil pemeriksaan ke atas gudang tersebut menemukan sejumlah sex toys pelbagai jenis dan jenama. Alat permainan seks adalah barang yang tidak dibenarkan diimport,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Tambahnya, alat tersebut dipercayai untuk dijual dekat kelab malam sekitar Lembah Klang.

Dalam sidang akhbar sama, Norlela turut memaklumkan JKDM merampas 670,000 batang rokok berjumlah RM505,100 dalam dua operasi berbeza di Pelabuhan Utara dan Seri Kembangan, pada 13 dan 20 Jun lalu.

“Kesemua rokok ini tidak mempunyai permit import dan tidak berkastam,” ujarnya.

Justeru, kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Peraturan 30, Peraturan-Peraturan Zon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×