1,000 kanak-kanak tadika tunai 'haji'

1,000 kanak-kanak tadika tunai ‘haji’

SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak tadika melakukan tawaf sambil dibantu oleh guru sempena Program Simulasi Haji Cilik anjuran Pertim Johor di Masjid Al Jawaher, Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 1,126 kanak-kanak tadika mengerjakan ‘haji’ sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Walaupun masih kecil, kanak-kanak berumur lima dan enam tahun dari 41 tadika di negeri ini begitu semangat mengerjakan rukun Islam kelima itu secara simulasi di Masjid Al Jawaher, Taman Mutiara Rini, dekat sini.

Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia Johor (Pertim), Ramlah Abdul Rahim berkata, program simulasi haji dalam kalangan kanak-kanak pra­sekolah itu dapat menyuntik semangat mereka untuk mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti.

“Program simulasi Haji Cilik ini dapat membimbing anak-anak ini mengerjakan haji dan memberi motivasi untuk menabung bagi menunaikan fardu haji suatu hari nanti.

“Ini masuk tahun ketujuh program simulasi Haji Cilik diadakan secara praktikal. Sebelum ini anak-anak ini didedahkan terlebih dahulu tentang ibadah haji di sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Ramlah, semua peserta melakukan rukun haji sebenar bermula dari pendaftaran di imigresen, pergi ke tapak wukuf dan ke Muzdalifah untuk mengutip sebanyak 21 batu bagi tujuan melontar tiga jamrah.

Akhir sekali mereka mengerjakan saie, bertawaf dan bertah­lul sebelum ke tapak mengerjakan ibadah korban.

Ramlah memberitahu, program simulasi Haji Cilik ini berlangsung serentak di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Johor yang merupakan acara tahunan pihak tadika dengan Pertim. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN