SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengekalkan kutipan dan agihan zakat bagi 2023 pada kadar lebih RM1bilion untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak kali pertama mencecah angka tersebut pada 2022. Pada tahun lalu, LZS mengutip sebanyak RM1.12 bilion dan jumlah itu meningkat sebanyak 4.8 peratus berbanding RM1.07 bilion pada 2022. Selain peningkatan kutipan, LZS juga melaporkan peningkatan jumlah agihan melebihi kutipan pada tahun lalu sebanyak 9.7 peratus atau RM1.15 bilion…