Tutup pintu lintasan Kerem Shalom jejas bantuan kemanusiaan

Tutup pintu lintasan Kerem Shalom jejas bantuan kemanusiaan

JISMI JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan rejim zionis menutup pintu lintasan Kerem Shalom menyebabkan operasi bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui pintu masuk di Rafah terhenti serta-merta.

Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Johari berkata,  tindakan rejim zionis itu tidak berperikemanusiaan  terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Arahan pemindahan kurang dari 24 jam daripada rejim zionis ini melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma-norma kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jismi berkata, penutupan pintu lintasan masuk melalui Rafah tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan sedia ada.

“Bekalan tersebut sudah berkurangan dan akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang teruk serta dikhuatiri mencatatkan rekod kematian terburuk selepas Perang Dunia Kedua,” katanya.

Katanya, ratusan treler membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin diberitakan terkandas.

“Sebanyak 4,000 pek bantuan bakul kemanusiaan terbaru Ops Ihsan antara yang terkandas dalam operasi bantuan yang dilaksanakan,” katanya.

Menurut beliau, selain perbekalan pek bantuan bakul makanan di bawah inisiatif Kerau Ihsan, Sekretariat Induk Ops Ihsan turut mengusahakan inisiatif penyediaan makanan bermasak iaitu Dapur Ihsan kepada rakyat Palestin di Deir Al Balah.

“Pada masa kini, Sekretariat Induk Ops Ihsan sedang mendapatkan maklum balas dari Petugas Dapur Ihsan. Ia bagi menganalisis implikasi penutupan lintasan pintu masuk dan langkah terbaik bagi mendepani kemelut untuk meneruskan bantuan kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya