KANGAR: Trek balapan di stadium Tuanku Syed Putra di sini yang dinaik taraf bermula pada Oktober 2022 lalu telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN), hari ini. Untuk rekod, trek balapan tersebut yang menggunakan teknologi dari Taiwan turut menerima pengiktirafan Kelas 2 dari badan olahraga dunia. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, trek balapan itu menggunakan teknologi sama seperti mana digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil…