[TIDAK RASMI] PRK Kuala Kubu Baharu: PH 4179, PN 1867 - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] PRK Kuala Kubu Baharu: PH 4179, PN 1867

PH
PANG SOCK TAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao mendahului kiraan undi tidak rasmi dengan memperolehi 4,179 undi berbanding Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Khairul Azhari Saut (1,802 undi) setakat pukul 7.15 petang tadi.

Sementara calon bebas Nyau Ke Xin menduduki tangga ketiga dengan memperoleh 43 undi berbanding wakil Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dengan 26 undi.

PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan pertembungan empat penjuru iaitu dua parti gergasi, PH yang menampilkan Sock Tao dan PN pula mempertaruhkan Khairul Azhari. Dua lagi dalam saingan tersebut adalah Hafizah daripada PRM dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 itu diisytihar kosong oleh Speaker Dewan Negeri Selangor selepas penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong memperoleh 14,862 sekaligus berjaya mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya sejak 2013 dengan 4,119 majoriti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×