Tidak benar SPRM tahan lima ADUN Perlis, hanya khabar angin

Tidak benar SPRM tahan lima ADUN Perlis, hanya khabar angin

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan dakwaan penahanan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis hanya khabar angin.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, dakwaan penahanan lima ADUN Perlis itu yang dikatakan berkaitan dengan siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis adalah tidak benar.

“Tidak benar dan hanya khabar angin”, katanya ringkas di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, tular dalam sebuah portal berita dakwaan SPRM akan menahan lima ADUN dari negeri itu dalam masa terdekat untuk tujuan siasatan.

Siasatan berkenaan dijangka dilakukan susulan penahanan anak kepada Menteri Besar Perlis yang direman agensi itu pada pertengahan April lalu atas dakwaan membuat tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan berjumlah RM600,000.

Pada pertengahan April lalu, enam individu termasuk anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen bagi tuntutan palsu berjumlah RM600,000 yang turut membabitkan siasatan berhubung dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Pada 30 April pula, Mohd. Shukri pula tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi tujuan siasatan salah guna kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini