PENDANG: Ungkapan Sarjan Faridah Abd. Rahman, 39, yang meninggal dunia di Lubnan meninggalkan kesan yang amat mendalam buat keluarganya terutama adik bongsu kepada anggota Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) itu. Menurut Hafyzoh, 21, kakak sulungnya itu ada menghantar mesej melalui WhatsApp ketika dalam perjalanan pulang bercuti ke tanah air pada 18 April lepas. “Kakak berada di Dubai ketika itu untuk transit dan beritahu kami dia akan pulang. Saya cakap kenapa…









