KUALA TERENGGANU: Tahap kesedaran orang awam berhubung tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terjumpa penyu atau apa-apa spesies haiwan terancam sama ada hidup atau mati di negara ini belum memuaskan. Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, berdasarkan pemerhatiannya, orang awam belum mengetahui jabatan atau agensi manakah yang bertanggungjawab dalam menguruskan penemuan tersebut. “Oleh itu, jabatan dan agensi…