Balai polis diserang: Suasana hiba di hospital, ahli keluarga mula berkumpul

Balai polis diserang: Suasana hiba di hospital, ahli keluarga mula berkumpul

AHLI keluarga anggota yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi mula berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HSI di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suasana hiba menyelubungi kawasan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini apabila ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa mula mengunjungi hospital berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ada dalam kalangan mereka dilihat menitiskan air mata setelah mendapat perkhabaran tentang insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Suasana sama dirasai di wad yang menempatkan anggota polis tercedera, selain di Jabatan Perubatan Forensik yang menempatkan mayat dua anggota maut.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa melawat dan menyantuni ahli keluarga setiap mangsa serangan berkenaan.

Difahamkan, jenazah kedua-dua anggota polis yang maut akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang akhbar selepas selesai solat jenazah kedua-dua mangsa di Dewan Masjid Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Johor di sini, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN