SPRM tidak berhasrat tahan Dr Mahathir

SPRM tidak berhasrat tahan Dr Mahathir

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat untuk menahan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, ia kerana siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu masih berjalan.

“Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini hari ini.

Sebelum ini, Azam memaklumkan, negarawan itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Pada 18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua anak Dr. Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, ditanya mengenai tempoh kontrak perkhidmatannya disambung atau sebaliknya, beliau enggan mengulas perkara itu sehingga tarikh kontraknya tamat.

“Wallahualam. saya tak mahu buat sebarang spekulasi (kontrak perkhidmatan tamat), ada masa sehingga 12 Mei ini (tarikh hari lahir),” katanya.

Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, pada Mei tahun lalu untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika itu. – – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN