Sock Tao garis lima teras dalam manifesto

Sock Tao garis lima teras dalam manifesto PH

PH
Pang Sock Tao menunjukkan manifesto beliau pada kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu dalam Ceramah Mega Perpaduan, di Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor. - UITUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kerajaan Perpaduan menggariskan lima teras utama dalam manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) yang ditawarkan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Lima teras tersebut merangkumi ekonomi, kemudahan awam, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan dalam usaha untuk memperkasakan kawasan Kuala Kubu Bharu selain menjaga kebajikan penduduknya.

Calon Kerajaan Perpaduan pada PRK tersebut, Pang Sock Tao berkata, ia adalah ikrar yang dibuatnya jika dipilih pada 11 Mei ini untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk di situ tanpa mengira warna kulit, agama, budaya, ataupun latar belakang.

Menurutnya, manifesto tersebut adalah hasil maklum balas yang diterima daripada penduduk Kuala Kubu Bharu selepas hampir seminggu berkempen dan juga hasil kajian yang dijalankan oleh beliau sendiri bersama pasukannya.

“Apabila membincang berkenaan dengan kemudahan awam, saya percaya seluruh warga KKB ada satu impian yang sama, kita semua mahu internet yang laju dan liputan yang baik,” katanya pada Ceramah Mega Perpaduan PRK Kuala Kubu Bharu, di sini malam tadi.

Dalam PRK Kuala Kubu Bharu, Sock Tao bertanding dalam saingan empat penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

Seramai 40,226 pengundi dijadualkan keluar mengundi pada 11 Mei ini untuk mengundi, sementara pengundi awal, 763 orang pula akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 7 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN