Manifesto PH berasaskan rekod pencapaian, bukan janji kosong

Manifesto PH berasaskan rekod pencapaian, bukan janji kosong

STEVEN Sim Chee Keong ketika menghadiri Perhimpunan Warga dan Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang ditawarkan bukan sekadar janji kosong, sebaliknya ia dirangka berdasarkan pengalaman dan rekod pencapaian kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, manifesto yang menggariskan 10 komitmen utama itu merupakan penambahbaikan kepada pelbagai dasar serta program berimpak tinggi yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Menurutnya, kelebihan manifesto PH terletak pada pelaksanaannya yang disokong oleh rekod pencapaian sebenar, bukannya sekadar janji kosong.

“Manifesto ini berasaskan pengalaman dan pencapaian yang telah terlaksana.

“Ia membuktikan bukan sahaja kekuatan, malah iltizam politik untuk meneruskan perjuangan demi rakyat, memperkukuh pencapaian ekonomi negeri serta memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Warga dan Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, antara manifesto yang diumumkan PH ialah penubuhan Tabung Usahawan Belia (TUB) bagi memperkasa usahawan muda di negeri itu selaras dengan peranan KUSKOP.

Semalam, media melaporkan Pakatan Harapan (PH) menawarkan 10 komitmen utama menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan meletakkan janji kerajaan stabil, bersih dan mesra rakyat sebagai agenda utama.

Antara tumpuan manifesto tersebut ialah mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi serta membina 20,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Selain itu, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan dilaporkan berkata, gabungan tersebut akan merealisasikan Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson, Landasan Bypass Senawang-Port Klang dan Seremban Sentral. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN