SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung penemuan bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 akan dirujuk kepada Bukit Aman dalam masa terdekat. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, langkah tersebut adalah bertujuan sebagai rujukan perundangan sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. “Kita lengkapkan siasatan dan akan rujuk kepada Bukit Aman terlebih dahulu sebabnya individu yang mendakwa wang di dalam bagasi tersebut tidak boleh memberikan satu…











