PETALING JAYA: Sebuah papan tanda iklan (billboard) yang terletak di tepi Lebuh Raya Persekutuan selepas susur keluar Jalan Gasing disini terbakar hari ini. Difahamkan, kejadian dilaporkan terbakar kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi. Kejadian menyebabkan kenderaan di lebuh raya menghala Petaling Jaya sesak sepanjang kira-kira tiga kilometer (km). Kejadian tersebut dirakamkan oleh beberapa pengguna media sosial yang memaparkan papan elektronik itu sedang berasap. Bagaimanapun, hanya sebahagian papan tanda tersebut dilihat…