Sabah ikut jejak Persekutuan naikkan gaji penjawat awam

Sabah ikut jejak Persekutuan naikkan gaji penjawat awam

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menaikkan gaji penjawat awam di negeri ini selari dengan kenaikan di peringkat Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, namun peratusan kenaikan yang akan diberikan belum diputuskan.

“Kita ikut (kenaikan gaji) kerajaan Persekutuan. Kita tunggu pengumuman daripada kerajaan Persekutuan dahulu.

“Namun, kita juga akan menaikkan gaji penjawat awam di Sabah, jangan bimbang,” katanya semasa Sambutan Tripartite Hari Pekerja peringkat negeri Sabah, di sini semalam.

Menurut beliau, kerajaan Persekutuan sudah mencadangkan untuk menaikkan gaji penjawat awam Persekutuan dan ia mungkin diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan yang akan datang.

Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji lebih 13 peratus akan diberikan kepada penjawat awam bermula Disember ini.

Kenaikan tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara itu akan melibatkan peruntukan RM10 bilion.

Anwar berkata, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN