Ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang, 6 negeri hingga 7 malam

Ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang, 6 negeri hingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga pukul 7 malam ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan sama turut diramal berlaku di kebanyakan tempat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Pekan dan Rompin); Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

“Selain itu di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) dan Sarawak (Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang. 

“Seterusnya di Sabah – Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Labuan,” menurut hantaran di laman Facebook. 

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN