HULU SELANGOR: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy didakwa berdendam dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP selepas tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ramasamy memainkan politik dendam ke atas partinya apabila berkempen untuk memboikot calon PH, Pang Sock Tao di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu. Oleh kerana itu, menurut beliau, Presiden…










