Rakyat Palestin di Gaza amat perlukan khemah, makanan

Rakyat Palestin di Gaza amat perlukan khemah, makanan

MUSNAH...Penduduk Palestin memeriksa kediaman mereka yang musnah akibat diserang tentera Israel di Gaza, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang berdepan konflik sejak permulaan perang Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu amat memerlukan sumbangan khemah dan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Ain Haron, 37, iaitu rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Gaza berkata, keadaan rakyat Palestin di kawasan itu semakin buruk dan perkara itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Menurutnya, saluran dana kepada rakyat Palestin oleh pihak luar masih tidak mencukupi.

“Permintaan paling tinggi sekarang adalah khemah dan makanan dan sekarang saya juga sedang menunggu saluran dana mencukupi agar saya dapat menghantar dana tersebut dengan segera kepada keluarga suami saya di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nurul Ain berharap bantuan segera disalurkan dan kerajaan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Palestin yang berada di Malaysia untuk mereka membantu keluarga masing-masing di Gaza.

“Saya menyeru rakyat Malaysia agar teruskan jihad dan mendoakan saudara kita di Gaza, berkongsi rezeki bersama mereka dan terus memboikot serta tidak lupa mendoakan juga saudara mara kita di Lubnan, Syria, Yaman dan sewaktu dengannya. Genosid belum berakhir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×