Rakyat Malaysia terhidu gas toksik di Singapura meninggal dunia

Rakyat Malaysia terhidu gas toksik di Singapura meninggal dunia

PEMANDANGAN udara PUB Choa Chu Kang Waterworks di Singapura. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jurucakap Agensi Air Kebangsaan (PUB) Singapura mengumumkan bahawa pekerja Malaysia berusia 24 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Besar Ng Teng Fong selepas terhidu gas toksik meninggal dunia pada malam Selasa lalu.

Ini adalah kematian kedua insiden terhidu gas di Choa Chu Kang Waterworks (CCKWW) minggu lepas.

Mangsa yang merupakan pekerja kontraktor PUB Stargroup Est bersama dua pekerja lain  rebah selepas terhidu gas hidrogen sulfida semasa mengalirkan enap cemar daripada salah satu tangki pulsator loji itu sebagai sebahagian daripada kerja pembersihan tangki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hidrogen sulfida ialah gas yang dihasilkan daripada enap cemar yang merupakan hasil sampingan daripada proses rawatan air. 

Ia adalah gas tidak berwarna dengan bau yang kuat, tidak menyenangkan, sangat toksik dan mudah terbakar.

Sewaktu kejadian, seorang pekerja disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Ng Teng Fong pada hari yang sama manakala dua lagi pekerja warga Malaysia dikejarkan di ICU hospital itu sehingga pemuda berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia.

Menurut PUB, pekerja warga Malaysia berusia 24 tahun itu menerima semua rawatan perubatan yang diperlukan tetapi malangnya, meninggal dunia akibat kecederaannya sekitar pukul 10 malam pada 28 Mei lalu.

Sementara itu, seorang lagi pekerja berusia 39 tahun dipindahkan dari ICU pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut jurucakap itu berkata dalam satu kenyataan, PUB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang pekerja yang meninggal dunia. 

“Bersama-sama dengan kontraktor kami, kami melakukan segala yang mungkin untuk menyara keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” jelasnya.

Kenyataan itu menambah bahawa ia bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Tenaga Manusia Singpura dalam siasatannya dan sedang menjalankan siasatan keselamatan sendiri. 

Jurucakap itu berkata bahawa sebagai sebahagian daripada keselamatannya, PUB mengkaji semula protokol keselamatan agensi terutamanya yang berkaitan dengan bekerja dalam ruang terkurung serta mengukuhkan kepentingan mematuhi prosedur untuk memastikan keselamatan pekerja dan pekerja kontraktor. 

“Kami secara beransur-ansur menarik balik waktu keselamatan di tapak kerja dan loji di mana kami berpuas hati bahawa langkah-langkah yang perlu dan sesuai disediakan,” kata jurucakap itu. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini