PETALING JAYA: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian simbah asid yang menimpa pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu, tular di media sosial hari ini. Dalam rakaman berdurasi 56 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi dan bahagian muka dilindungi kain dalam keadaan berdiri berada di antara beberapa kenderaan lain. Kemudian Faisal dilihat berjalan ke arah keretanya sebelum diekori…