PSAS pupuk kesedaran lindungi alam sekitar

PSAS pupuk kesedaran lindungi alam sekitar

Sebanyak 80 peserta program CSR Kesedaran dan Inspirasi Lindungi Alam Sekitar di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) memupuk kesedaran 80 peserta kesedaran untuk mencintai haiwan yang terancam seperti seladang, rusa sambar, burung kuang, dan tenggiling dalam program CSR Kesedaran dan Inspirasi Lindungi Alam Sekitar di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai baru-baru ini.

Pengarah PSAS, Mohd Zulkefli Ibrahim berkata, program kemasyarakatan itu dianjutkan dengan kerjasama Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia dan Asia Pasifik.

Katanya, program sebegini adalah penting dalam melatih para peserta amnya pelajar bagi memupuk kesedaran untuk mencintai haiwan, rasa hormat, bertimbang rasa serta bertanggungjawab kepada kelestarian alam dan seterusnya kesedaran ini dapat disampaikan kepada keluarga dan masyarakat.

“Para peserta juga turut diterapkan dengan semangat menyumbang semula tidak hanya dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk khidmat masyarakat kepada alam sekitar,” katanya.

Program itu juga memberi peluang kepada peserta mendekati alam terutamanya habitat semulajadi dan cakna akan isu haiwan yang terancam di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×