PRK Kuala Kubu Baharu: 90 peratus komuniti India akan sokong PH- Murugan - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: 90 peratus komuniti India akan sokong PH- Murugan

Komuniti India
S. P. Murugan ditemui pemberita Majlis Rewang dan Ramah Mesra Komuniti Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor, Selangor. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Parti Keadilan India Malaysia (MIJP) yakin kira-kira 90 peratus daripada  kira-kira 13,000 pengundi bukan Melayu, yang terdiri daripada komuniti India akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, S.P. Murugan berkata, menerusi jumlah tersebut calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao diyakini akan memenangi kerusi tersebut dengan sokongan pelbagai kaum.

“Saya turun padang untuk berkempen kepada calon PH, kita tumpukan kepada pengundi India di kawasan Kuala Kubu Baharu.

“Memang pengundi India menyokong penuh calon PH kita pun turun padang bersama pengerusi BN (Selangor). Saya yakin kita boleh menang pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Kita ada pengundi di sini kira-kira 12,000 saya rasa lebih 90 peratus akan memberikan undi kepada Sock Tao,” katanya ketika ditemui pemberita, malam tadi.

Dalam PRK Kuala Kubu Bharu, PH mempertaruhkan, Sock Tao dalam saingan empat penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

Seramai 40,226 pengundi dijadualkan keluar mengundi pada 11 Mei ini untuk mengundi, sementara pengundi awal, 763 orang pula akan menjalankan tanggungjawab mereka pada esok.

Dalam pada itu, Murugan menyelar tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang turun berkempen bagi menghalang komuniti India daripada orang Melayu.

“Beliau adalah bekas ahli DAP dan pernah memegang jawatan besar di DAP dan juga Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang.

“Sekarang dia tak dapat jadi calon pada PRU15, sebab itu dia tak puas hati. Apa yang diperkatakan bukanlah berasal dari akar umbi, sebaliknya berdasarkan perasaannya semata-mata. Komuniti India tidak berpihak kepadanya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN