KUALA LUMPUR: Tindakan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadikan sebuah inap desa di Sabak Bernam, Selangor sebagai rumah transit terbongkar selepas kediaman yang baru seminggu digunakan itu diserbu polis, pagi ini. Serbuan Operasi Pintas Transit Migran kira-kira pukul 1.30 pagi itu dilaksanakan pasukan dari Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) (D3) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, seramai 20 PATI warga Indonesia termasuk empat wanita berusia antara 22 tahun hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya