Polis Kelantan, Maik dan Jaheaik jalin kerjasama pantau jenayah di sekolah agama

Polis Kelantan, Maik dan Jaheaik jalin kerjasama pantau jenayah di sekolah agama

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Polis Kelantan sudah menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) untuk memantau kegiatan jenayah di sekolah agama atau pondok di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama itu dilakukan dalam usaha mencari jalan untuk mengatasi masalah yang berlaku di pusat pengajian tersebut.

Menurutnya, beliau bagaimanapun masih percaya kepada sistem yang sedia ada di sekolah pondok dan masalah yang berlaku ketika ini merupakan kes-kes terpencil.

“Saya bersama Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai akan turun ke sekolah-sekolah pondok untuk melihat selain memberi taklimat kepada pelajar supaya mereka faham dan tidak terlibat dengan kejadian yang tidak diingini.

 “Saya percaya semua sekolah pondok sudah mempunyai sistem yang cukup baik. Mungkin ada perkara yang terpencil menyebabkan berlakunya kejadian tertentu melibatkan pelajar tanpa pengetahuan ibu bapa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya sebelum ini ada memberi fokus utama kepada masalah dadah dan kesalahan jenayah seksual dalam pelajar terutamanya kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

Katanya, dalam usaha untuk mengatasi kedua-dua masalah itu, pihaknya akan melantik ketua pelajar untuk memberi panduan dan pengetahuan agar pelajar tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat semasa berada di IPTA.

“Ketua pelajar yang dilantik akan bersama dengan polis untuk memberi panduan dan melihat keadaan pelajar sepanjang berada di IPTA.

“Polis juga akan membantu dan menasihati pelajar supaya tidak terlibat dengan keldai akaun kerana sudah ada pelajar yang terlibat sebelum ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya