Pokok tumbang: Seorang mangsa disahkan maut

Pokok tumbang: Seorang mangsa disahkan maut

Seorang mangsa berusia 47 tahun disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang mangsa berusia 47 tahun disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Komander Operasi, PBK II Muhammad Amirudin Mohd Hassan berkata, dua mangsa lelaki berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba manakala seorang lagi berumur 26 tahun mengalami kecederaan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

“Operasi Kerja-kerja menyelamat dan pemotongan serta pembersihan sedang giat dilakukan oleh anggota bomba dalam mengenal pasti mangsa yang masih terperangkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang berkaitan kejadian pokok besar tumbang yang menghempap 17 buah kenderaan, landasan monorel dan fasiliti awam di hadapan sebuah hotel.

Katanya, seramai 20 anggota Bomba dari BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi kejadian bersama dengan 3 unit jentera FRT. – UTUSAN

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN