PM ajak orang ramai saksikan Pameran Era Pasca Normal Madani 

PM ajak orang ramai saksikan Pameran Era Pasca Normal Madani 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak dialukan untuk melihat Pameran Era Pasca Normal Madani yang berlangsung sehingga 10 November depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, warga universiti, pelajar sekolah, syarikat swasta dan ibu bapa turut digalak ke pameran itu yang diadakan bertujuan mengajak pemikiran mencerakinkan secara teliti permasalahan dihadapi masyarakat masa kini.

Menurut beliau, semua kementerian juga wajar meletakkan jadual khusus untuk membuat kunjungan berkala ke Pameran Era Pasca Normal Madani yang berlangsung di Berjaya Times Square di sini.

“Pameran ini unik, mencerakinkan secara teliti permasalahan yang dihadapi masyarakat berikutan kesan media sosial dan perkembangan persekitaran seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digital.

“Saya percaya usaha diselenggarakan (dilakukan) sangat teliti dengan kos yang tinggi dan dengan kerangka fikiran yang cukup mendalam. 

“Ini seolah-olah mengapai dan meneroka penemuan-penemuan pemikiran baharu dan mengasah minda untuk berfikir agar meletakkan nilai kemanusian untuk menyelamatkan bangsa dan negara,” kata beliau  dalam sidang akhbar selepas menghadiri pameran itu hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ini merupakan julung kali pameran serupa diadakan di rantau Asia dan kerana itu, ia harus dimanfaatkan untuk mempelajari elemen kritikal yang diketengahkan.

Pada masa sama, beliau berharap, Kementerian Komunikasi dapat memberi dukungan kepada pameran itu dengan menguar-uarkan kepada masyarakat.

Pameran bermula hari ini hingga 10 November depan itu merupakan hasil kerjasama antara Perdana Menteri dan Pusat Dasar Pasca Normal dan Kajian Masa Depan (CPPFS).

Terdahulu, Anwar yang tiba di tapak pameran pada 11 pagi meluang masa hampir satu jam melawat Pameran Era Pasca Normal Madani itu.

Beliau kemudian melihat sendiri pameran menampilkan karya enam artis tempatan yang mengetengankan tonggak utama konsep Madani iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan.

Kemasukan ke pameran itu adalah percuma, bersesuaian dengan matlamatnya untuk menyebarkan kesedaran tentang zaman pasca normal yang dilalui rakyat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN