SPM 2023: PIBG SMIYT rai pelajar - Utusan Malaysia

SPM 2023: PIBG SMIYT rai pelajar

PELAJAR mengambil makanan dan minuman yang disediakan oleh ibu bapa pelajar selepas mengambil SPM 2023 di SMIYT Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu di sini meraikan 85 pelajar di sekolah tersebut yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Norazlina Ahmad Bakhtiar berkata, inisiatif itu diambil ibu bapa pelajar bagi meraikan kejayaan anak-anak yang telah berhempas pulas belajar selama lima tahun sebelum ini.

Menurutnya, pelbagai menu disediakan secara suka rela oleh ibu bapa bagi meraikan hari istimewa tersebut bersama anak-anak mereka.

“Juadah utama jamuan kesyukuran kami hari ini adalah nasi minyak, aneka kuih muih, kek dan pelbagai jenis minuman.

“Kami berkumpul di sini selepas mengambil slip keputusan SPM 2023 untuk meluangkan masa bersama menjamu selera seterusnya menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seramai 17 pelajar yang juga penghafaz 30 juzuk al Quran sekolah itu mencipta sejarah apabila memperolehi 12 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini.

Selain itu, seramai 11 pelajar SMIYT Kuala Terengganu pula mendapat 11A, diikuti 15 orang 10 A dan 17 orang lagi mendapat 9A.

Tambahnya, sejak Januari 2023 hingga Mac 2024, ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan Lima sekolah itu sentiasa menyumbang dari segi kewangan, masa dan tenaga untuk memastikan semua program sekolah berjalan lancar.

“Sepanjang tempoh itu, kami membuat kutipan sumbangan ikhlas setiap minggu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 dengan sebahagian besarnya adalah penyediaan makanan untuk pelajar ketika mempunyai kelas tambahan.

“Kemuncaknya ialah hari ini iaitu jamuan kesyukuran untuk meraikan kecemerlangan SPM anak-anak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN