Petugas media dihalang rakam gambar individu direman kes Tanah Rizab Melayu - Utusan Malaysia

Petugas media dihalang rakam gambar individu direman kes Tanah Rizab Melayu

KEKECOHAN yang berlaku ketika petugas media membuat liputan kes pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman SPRM bagi siasatan berkaitan kes Tanah Rizab Melayu di Bangunan Wisma Wan Mohamad di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Berlaku kekecohan di Bangunan Wisma Wan Mohamad di sini yang menempatkan Mahkamah Majistret dan Sesyen selepas petugas media dihalang merakam gambar pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Sekumpulan individu termasuk beberapa lelaki dipercayai peguam pengarah urusan terbabit telah bertindak menjerit dan menolak jurugambar bertugas. Kejadian sekitar pukul 11.45 pagi di kawasan parkir ‘basement’ itu berlaku selepas selesai prosiding reman ke atas lelaki berusia 44 tahun itu. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh jurugambar berkenaan di Balai Polis Sentral berhubung kekasaran…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN