Penyertaan syarikat ketika DSA harus sensitif penderitaan rakyat Palestin

Penyertaan syarikat ketika DSA harus sensitif penderitaan rakyat Palestin

Jurucakap SSP, Tian Chua (kemeja putih) dan beberapa lagi individu berhimpun membantah penyertaan dua syarikat pertahanan di Pameran DSA - NATSEC 2024 hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mahu penganjur Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2024, untuk lebih sensitif terhadap penderitaan rakyat Palestin berbanding kepentingan ekonomi.

Jurucakap SSP, Tian Chua berkata, kepentingan ekonomi tidak seharusnya diletakkan lebih tinggi daripada nilai nyawa manusia yang terkorban terutama dalam konflik di Palestin – Israel.

Menurut beliau, atas nama solidariti semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan tidak boleh fikir mengenai keuntungan semata-mata.

“Jika semua orang cuba mengaut keuntungan daripada keuntungan, bakal berlaku lebih banyak pembunuhan jadi kami menggesa semua pihak bertindak dengan rasa tanggungjawab.

“Pemeliharaan nyawa manusia perlu dijadikan keutamaan dihadapan sebarang kepentingan perniagaan,” katanya ketika berhimpun di hadapan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Perhimpunan aman disertai sekitar 15 orang itu antara lain menuntut semua pihak termasuk penganjur DSA – NATSEC 2024 mengambil kira penindasan terhadap Palestin susulan terdapat syarikat yang dikatakan menjual senjata kepada Israel turut terbabit dalam pameran tersebut.

Tian Chua berkata, tindakan pihak penganjur yang menjemput syarikat yang terbabit secara langsung dengan konflik Palestin-Israel adalah tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima rakyat Malaysia.

Terdahulu media melaporkan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.

Beliau memberi reaksi itu selepas pihaknya mengambil maklum mengenai desakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan penyertaan beberapa syarikat pertahanan global dalam pameran DSA – NATSEC 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN