KELMARIN, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Rantau, Seremban, Negeri Sembilan sekali lagi terpaksa dihentikan sementara. Ia sekali lagi ekoran gangguan kualiti air mentah Sungai Linggi yang dikesan berbau minyak. Masalah berkenaan menyebabkan pengeluaran air terawat dari LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan, menyebabkan banyak kawasan khususnya di Port Dickson mengalami gangguan bekalan. Isu yang berpunca pencemaran diesel atau petrol ke Sungai Linggi…










