PETALING JAYA: Prosedur operasi standard (SOP) bagi sistem keselamatan dan kebersihan kawasan rekreasi di Janda Baik, Bentong, Pahang perlu diperketatkan susulan peningkatan aduan gejala cirit-birit, muntah serta demam dialami pengunjung kawasan itu kebelakangan ini. Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan malah kebimbangan orang ramai mengenainya adalah berasas. Jelasnya, setakat semalam, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong telah menerima 86 aduan gejala itu daripada orang ramai dan…










