PETALING JAYA: Tular beberapa video dan gambar sebuah pejabat sebuah agensi kerajaan dilimpahi air dipercayai akibat hujan yang masuk daripada bumbung bangunan terbabit.
Difahamkan kejadian berlaku di sebuah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di ibu negara.
Dalam video tular tersebut menunjukkan pejabat yang menempatkan beberapa kaunter urusan dihujani air yang turun daripada bumbung.
Turut kelihatan beberapa kakitangan cuba menyelamatkan peralatan di pejabat tersebut.
Sementara itu, usaha Utusan Online mendapatkan pengesahan insiden terbabit tidak mendapat maklum balas.- UTUSAN