NUTP cadang umum SPM 23 Mei bukan hari cuti sekolah

NUTP cadang umum SPM 23 Mei bukan hari cuti sekolah

FOUZI SINGON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyarankan  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 lebih awal bagi mengelakkan gangguan ketika cuti persekolahan.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, pihaknya berharap KPM dapat membuat pertimbangan semula supaya keputusan SPM boleh diumum sebelum cuti persekolahan.

Menurut beliau, bagi NUTP pihaknya menyarankan tarikh  SPM diumumkan pada 23 Mei berbanding 27 Mei kerana guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula 25 Mei.

“Kebanyakkan guru-guru telah berada di kampung halaman masing-masing dan ada juga yang telah merancang percutian bersama keluarga masing-masing semasa 27 Mei tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, keputusan SPM 2023 melibatkan 395,870 orang calon bakal diumumkan pada 27 Mei ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, calon yang menduduki peperiksaan  di sekolah, boleh memperoleh keputusan di  sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN