GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim sedia berdepan sebarang tindakan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan keputusannya secara terbuka menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd. Azizi berkata, beliau tidak pernah melompat dan meninggalkan parti sebaliknya hanya menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri. “Apa yang kita langgar mungkin ada kesalahan di peringkat undang-undang kecil parti yang tertakluk di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Jadi kalau…