MAIWP beri insentif RM500 kepada 289 bakal jemaah haji B40

MAIWP beri insentif RM500 kepada 289 bakal jemaah haji B40

MOHD. Na'im Mokhtar menyantuni para jemaah haji semasa hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji kumpulan pertama 1445H/2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji daripada keluarga B40 di Wilayah Persekutuan untuk musim haji tahun 2024M/1445H.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pemberian ini adalah tanda keprihatinan kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan.

“Ini adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 31,600 orang bakal jemaah haji dari Malaysia akan menunaikan ibadah fardu rukun Islam yang kelima itu musim kali ini dengan wukuf di Arafah dijangka pada 15 Jun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya