Lima lelaki ditahan reman bantu siasat kes rogol, cabul dua remaja perempuan - Utusan Malaysia

Lima lelaki ditahan reman bantu siasat kes rogol, cabul dua remaja perempuan

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lima lelaki ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan kes rogol dan cabul dua remaja perempuan bawah umur di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lima remaja lelaki berusia 13 hingga 16 tahun itu ditahan petang semalam selepas orang awam mengesan sekumpulan remaja lelaki dan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah.

“Pihak polis menerima laporan awal berhubung kejadian oleh orang awam sebelum suspek dan mangsa dibawa ke Balai Polis Seri Bandi.

“Selepas ibu bapa remaja tersebut datang ke balai, mangsa menceritakan kejadian sebenar termasuk mengaku pernah melakukan hubungan sulit sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hanyan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu dan pihak polis masih menunggu keputusan laporan perubatan mangsa.

“Kes melibatkan suspek lima remaja lelaki ini masih di peringkat awal siasatan dan kita akan turut menyiasat sama ada wujud unsur amang seksual dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Dalam pada itu, Hanyan memuji tindakan orang awam yang menahan suspek serta melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

“Sikap ambil tahu dan cakna masyarakat ini dapat membantu pihak polis untuk membendung kes-kes jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya